Tuesday, 15 November 2011

cara nak basuh pb

ok....ramai juga yang betanye kat aku mcm mane nak cuci PB ni...Cuci nye senang je!!! Asal  korang tak campak dalam mesin basuh je...

Sabun nak cuci PB ni namanye PB NATURAL WASH.


Corset Premium Beautiful nie jgn sesekali lah dibasuh dengan sabun serbuk yaa.. apa2 sabun serbuk jugaklah.. Cthnye Tops, Breeze, Daiya ke coz sabun serbuk nie mengandungi soda dan zat pengisi seperti tepung.. kalau PB tu dibasuh dgn sabun serbuk nie.. dikhuatiri zat pengisi tu akan melekat or tertinggal di dalam fabrik PB tersebut.. berkemungkinan akan menyebabkan PB anda cepat lapuk & tidak bersih. Nanti kalau PB tu rosak.. sayangkan.. mahai tuuu..


JGN PAKAI SABUN SERBUK MCM NI TAW!!!!


So lebih eloklah jika ia dibasuh dengan sabun yang dibuat khas utk corset PB..

Kebaikan PB Natural Wash:
 

  • Cecair pekat (guna minimum 1 penutup-boleh jimat sehingga~3-4bulan)
  • Bersifat lembut di khaskan untuk lingery wash
  • Ekstrak tumbuhan & Vitamin
  • Tidak melunturkan warna fabrik
  • Faedah kepada kelembapan kulit (lembut & 'moisture')-tidak mengeringkan kulit semasa membasuh
  • menghapuskan bakteria & bau
  • Keharuman bunga-bunga ( keharuman terasa seluruh bilik air)

= = = = = = = = = = = =Cara-cara yang betul = = = = =
  1. Larutkan 1 penutup 'liquid wash' dalam air suam <40'c
  2. Cuci bahagian yang terkena kotoran dengan lembut dan berhati-hati
  3. Bilas dengan air dengan berterusan
  4. Serap air dari pakaian dengan membalutnya dengan tuala yang kering (diterima jika hanya gantung di hanger dan biarkan air tus/menitis didalam bilik air )
  5. Keringkan pakaian ditempat teduh dan berangin. Elakkan dari menjemurnya dibawah cahaya matahai dikuatiri kuasa fir nya menurun.(terbaik di aliran aliran kipas.)
  6. Cucian tangan sahaja. Dilarang machine/dry clean.

Nota:
Jangan risau jika anda mendapati air basuhan anda keruh terutamanya pada minggu pertama pemakaian Premium Beautiful. Ia bukanlah bermakna corset ini luntur. Ia memberi signal yang baik bahawa badan anda sedang mengeluarkan toksid dan peluh berasid. Sila monitor kesan ini, selepas air tidak keruh lagi perhatikan tektur kulit anda, kebanyakkan kes kulit tampak halus, bersih dan toning yang seragam. :-D.

Beberapa LARANGAN PENTING!

1. Dilarang menggunakan syampu atau losyen beralkali tinggi.
2. Dilarang menjemur pakaian di bawah sinaran cahaya matahari.
3. Dilarang menggunakan seterika.
4. Dilarang mencuci dengan menggunakan mesin basuh.
5. Dilarang memerah pakaian untuk tujuan mengeringkan air.

Panduan Menjemur:

1. Penjemuran dilakukan dengan menterbalikkan bahagian dalam ke luar dan betulkan bentuk serta ratakan kedutan-kedutan yang wujud.
2. Jemur sebaik sahaja selesai membasuh untuk mengelakkan kedutan.
3. Jemur di tempat udara mengalir.
4. Jangan jemur di bawah sinaran matahari atau udara panas (ini akan menjejas kualiti kain dan menyebabkan warna menjadi pudar).

So, hopefully entry dapat dijadikan panduan buat semua wanita yang memakai Premium Beautiful...:)
 

No comments:

Post a Comment